Wednesday, 14 November 2012

:: MAAL HIJRAH ::


Assalamualaikum.. ^_^

Hari ni 29 Zulhijjah 1433H bersamaan 14 November 2012 (Rabu) dan 1 Muharram 1434H bersamaan 15 November 2012 (Khamis) . Fuhhh..pejam celik pejam celik sudah setahun berlalu megikut takwim Islam.. Kawan-kawan jangan lupa yer untuk baca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun sebelum dan selepas Maghrib. Walaupun ada setengah orang cakap tidak wajib untuk di baca tapi apa salahnya kan ita menambahkan amalan dan bacaan untuk diri sendiri..tidak salah pun.. :)

Semoga amalan kita selama setahun diangkat dan diterima oleh-Nya..dan segala kelalaian dan kejahatan di ampun oleh Allah S.W.T.. Dengan itu, ina mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada rakan2 samada yang mengenali atau pun tidak jika ada salah silap sebelum buku amalan ina diangkat apabila tiba azan Maghrib nanti. Mari kita baca doa akhir tahun dan awal tahun sama2.. ^_^



Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.


Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.

InsyaALLAH.. ^_^

Haaaa...oke semua dah baca?? Alhamdulillah... semoga segala amalan kita akan diberkati di bawah naungan-Nya.. :)

Salam Maal Hijrah semua.. ^_^

Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu..:)

Wassalam.

Sunday, 11 November 2012

:: FINAL LIGA BOLA SEPAK IPT 2012 ::

Assalamualaikum.. ^_^

Masih terasa bahang dan kehangatan kemenangan yang di capai oleh pasukan Bola Sepak UKM (UKM FC) di dalam Liga Bola Sepak IPT 2012. Setelah gagal dan tewas pada tahun 2010 di tangan UiTM akhirnya pada tahun ini 2012 UKM FC dapat beraksi kembali di pentas Final dimana akan bertemu dengan Pasukan Kolej Komuniti Kedah (KKK) di stadium UiTM Shah Alam. Perlawanan ni bersiaran langsung di Astro Arena 801.

Kemenangan yang dicapai oleh UKM FC adalah satu kebanggan kepada seluruh warga UKM kerana pasukan Bola Sepak UKM telah merampas ibu segala pingat pada tahun ini.. Tahniah dan Syabas di ucapkan..!!!

Kehebatan mereka beraksi di padang bersama dengan pihak lawan KKK di saksikn sendiri oleh ina di padang UiTM Shah Alam. Walaupu keadaan padang yang agak basah tapi semangat perjuangan yang di pamerkan oleh pemain-pemain di kedua-dua  belah pihak memang tidak boleh di nafikan dimana mereka berjuang dengan penuh semangat. Hebattt..!!

Seyess korangg... memang sonok tengok game tu dan puas hati sebab menang...!! hahaha.. kalau kalah for sure balik dengan perasaan kecewa..di sebabkan menang kehangatan tu sampai la ni dok rasa ag.. hahaha..
(walaupun kemenangan tu tak dpt diraih bersama) ayat nak sedihh jahhh...hahaah..chill beb..!! Janji aku p sokong depa dan dapat tengok depa gembira atas kemenangan tu dah cukup gembira bg aku.. :')

Haaa...tak yah nak duk layan perasaan sangat la nohhh... jum3 kita tengoqq gambaq yang ada... memang meriah dan suka sangat malam tu...

mula-mula kena masuk gambaqq penyokong dulu...heheh.. tengok gelombang Biru memeriahkan stadium UiTM tau malam tu...Go Ukm Go..!!!

ni senarai nama kesemua pemain-pemain UKM yang beraksi di perlawanan tersebut..cayalahhh...!!!


ni pulak 1st eleven player2 yang bermain untuk UKM FC... wewitttt...!!! segakkk nah cik abang kita semua... nak signnnn..heeee..

nampak hebat gitewww cik pian kita yang memakai jersi 19 bg UKM..


haaa...ni star UKM.. Reuben..dia ni player untuk ATM gakk..dia la yang score malam tu... pewittt..!!

nampak tak??? kegembiraan terpancar di wajah pemain2 UKM lepas Rueben score utk gol pertama.. oh yeahhhh...!!!! :)

Setelah bermain selama 120 minit dengan masa tambahan, akhirnya UKM FC di nobatkan JUARA Bola Sepak Liga IPT 2012 dengan score 2-1..!!! Dimana score pertma telah dilakukan oleh K.Rueben dan 2nd goal,own goal... hahhaa...lawak kan bila dengar own goal... tak leh nak kata pa la kan..memang depa maen time tu padang licin... kesian kat penjaga goal KKK.. confirm dia dok rasa bersalah sampai lani...

Coach UKM FC,En.Sulaiman.. terpancar wajah keriangan beliau atas kejayaan pemain2 beliau.. Tahniah coach.. :)

tu diaaaa..... semangat penyokong2 UKM FC.. bunyi jah wisel penamat, habis depa p serang masuk padang nak meraih  kejayaan bersama dengan pemain2 UKM FC... syabas kepada penyokong2 jugakkk.. tanpa kalian tak dak la semangat depa... ^_^

TAHNIAH..!!! Pemain2 UKM FC meraikan kemenangan bersama piala,pingat dan wang yang mereka dapat... ^_^

Wajah kegembiraan dan keriangan yang di pamerkan oleh jurulatih dan pengurus UKM FC setelah wisel penamat dibunyikan... SYABAS...!!

Star UKM FC mengabadikan bergambar bersama piala kemenangan..!!

nampak tak??? RM 30 000 tuuu depa dapat.. wowww... banyak ngat eh tu.. bak mai la skit kt kami nie..hehehe..(harap2 ada pemain UKM nak ajak kuar dan belanja ina) hahahha... mimpi jah oiii...!!!

Rugiii tak dapat bergambaqq ngn cek tu.. dapat bergambaq ngn pingat jah..tu pun pinjam yang Asyraf punya..(player no 14) gambar dia tak dak kt cni sebab gambar tu ada dlm hp kawan.. nanti ina update laen okey..

Semangat penyokong2 UKM FC.. TNC kami pun semangat sokong UKM FC.. nampak tak TNC pun pakai baju warna biru..!!! Terima Kasih TNC kerana sentiasa ada bersama pelajar2 anda..!! :)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Illahi atas kemenangan yang Engkau Limpahkan kepada pemain-pemain UKM... semoga kejayaan dan kemenangan ini akan berterusan di masa akan datang dan semoga bakat-bakat pemain UKM akan di cungkil oleh pihak2 tertentu untuk terus mara kehadapan.. InsyaAllah..:)

Okey laa.. sampai sini je lah kita borak dan sembang pasal Liga IPT.. harap dapat buat story pasal kemenangan ni lagi pada tahun 2014 nanti..^_^ Gomo UKM Gomo...!!!

Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu..:)

Wasssalam.





:: KEK PUDING KARAMEL ::

Assalamualaikum... ^_^

Hai... bertemu lagi ita hari nie.. heheh.. okeyy..hari ni ina nak update pasal puding karamel yang ina buat hari tu. Haaaa... kali nie ina buat khas untuk sahabat-sahabat baek ina di UKM pulakkk a.k.a rakan2 seperjuangan dalam Kelab Wawasan...!!

Jommmm kita tengok apa bahan2 dan cara nak buat puding karamel tu...>>>>>>>>


hahha...rupa tak bape nak eloqqq sangat pasai air gula banyak sangat dia jadi lembik..tapi rasa dia memang sedappp...!! 


RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula )
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang .
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil  dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Pastu korang cepat2 lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. (tak nak kek tu lembik nnt)
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

ni rupa sebelum di bakaqqq... excited sangat bila nak bakar nie..sbb nmpak cantik pelangi2 tu..hehe..


tadaaaaaa....rupa bila dah siap bakar... hew3 rupa failed sikit.. tp rasa dia memang mavless..!!! seyes tak tipu.. nyum3... :p

Apa lagi.. wahai kaum2 hawa.. jangan duk tengok dan baca jah.. cepat2 try buat.. seyes memang sedap kek puding nie.. sapa yang tak minat puding karamel tu tak leh nak kata apa la kan... tapi sapa yang memang suka makan karamel..ang pa try buat yang ni pulakk....memang tak rugi...!!! :)

Selamat Mencuba Semua.. ^_^

Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu..:)
Wassalam.

:: PHOTOSHOOT ::

Assalamualaikum.. ^_^

Tak mau citer apa2 hari nie.. just nak bagi tahu nie pengalaman pertama pergi photoshoot.. not bad la.. buat cari pengalaman kannn... sampai bila nak terus di takuk yang lama bak kata orang2 tua.. jadi try la p untuk photoshoot untuk maju kehadapan lagi kan dan menimba ilmu... bukan semua orang dapat peluang macam nie.. jadi kita yang dapat peluang ni cuba2 je lah.. bukan nak jadi model terus atau sampai bila2 punnn...

Photoshoot ni depa yang sediakan wardrobe semua.. memang ada yang sponsor baju pastu depa gak yang sediakan Makeup Artis (MUA) kita pergi duduk diam2 untuk di makeup pastu posing skit2 jah depan kamera dengan pakaian yang di sponsor. Senang jahhhh keja dia tapiiiiii...ang pa semua tak tahu betapa kekok nya nak posing depan kamera tuuuuu... hahahha... buat malu jahhh ehh.. >_<

Tapi alhamdulillah..akhirnya dapat la jugak hasilkan gambar yang cantik2 pasai photographer dia memang professional.. depa yang tolong kita macam mana nak posing depan kamera... hahahha... mehh zoom gambaq2 p photoshoot tuhh...










Maaf la yer.. maleh dah nak citer banyak2.. ang pa tgok jah la gambaq2 tu semua nohh.. ada satu ag sepersalinan baju tajaan tapi tak banyak pun gambaq yang tu.. so tak payah la nohh.. yang ni cukup la..hehehe.. :)
Credit to :
MUA : Yat Yati LR
Wardrobe : Butik Qama
Photographer : Serindit Photo

Okey lahh... nanti update lagi untuk next event ya.... stay tuned dengan kamii yaaa.. ^_^

Thanx 4 read this entry.. !!

Senyum Selalu.. :)

Wassalam..




:: PUDING TRIFLE ::

Assalamualaikum... ^_^

Fuhhh... lame bebeo tak update blog nie kan... haiyaaaa... sampai dah berhabuk2 dah.. (sambil lap2 habuk) hahha.. maaf la yer.. sesibuk yang teramat la sekarang nie.. setiap minggu ada je program dan aktiviti.. Alhamdulillah.. hari ni berkesempatan la nak update blog nie kan sebab tengah menghabiskan cuti pertengahan semester.. kalau idokkkk...hurmmm..jangan harap dapat update blog nie.. terasa la jugakk rindu kt blog nie sebenarnya...hihi... ok2..dah2..tak payah nak cakap banyak sangat... 

Haaaa... hari ni ina nak update pasal Puding Trifle... hehhe.. hari tu ina buat special untuk kawan baek ina a.k.a my roomate (Cik Emilia). Dia teringin sangat nak makan trifle nie..so time ina balik rumah hari tu dengan penuh gigih dan kasih sayang la kan ina buat untuk dia..hihi.. bagus tak saya sebagai seorang kawan?? kui3... (puji diri sendiri memang tak tahu malu) >_<. Jomm layan macam mana nak buat trifle nie..:)

Ni rupa yang dah siap... maaf la gambar tak bape nak eloqqqq pasai pakai kamera murah jahhh...

Resepi :

Bahan Layer A : 1 swiss roll (tak kisah la perisa apa pun)
Potong dalam 1.5cm susun dalam mangkuk kaca yang boleh nampak susunan trifle..

Bahan Layer B:
1 tin susu sejat (cap Idealmilk)
1/2 tin tambahkan air fruit cockrail dalam tin
4 sudu besar tepung castard (cap bird's)
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla
CARA MEMASAK CASTARD : Campur semua bahan dalam periuk dan kacau dulu bagi tepung castard larut kemudian baru nyalakan api dapur dan terus kacau sampai kuah castard menjadi pekat dan berkilat .Terus tutup api dan kacau perlahan-lahan bila dan suam sikit baru dituang keatas swiss roll yang dah disusun dalam mangkuk yang sesuai. Kuah castard ni mesti di kacau masa proses memasaknya kalau tak kacau nanti kuah akan jadi berketul-ketul . Kalau nak sos castard lebih pekat tambah lagi tepung castard dan kalau nak lagi manis tambah la gula

Bahan layer C : 1 tin Fruit Cocktail 
Tos airnya.. Airnya boleh di siram keatas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard..

Bahan Layer D : Crystal Jelly perisa strawberry 
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus..

CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :

1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 1.5 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .

2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .

3. Ambil semua fruit cocktail dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.

4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.(jika mahu.. ina ta letak jeli pasai ina tak suka jeli..hee)

5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream ( jika mahu..ina tak letak pun..)

Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek , sos castard , susun fruit cocktail dalam tin dan jelly crsytal.


Lagu nie la rupa lepas susun swiss roll tu dalam bekas kaca... pastu susun la buah2 tin tu atas swiss roll tu..:)

Haa...yang da siap letak castard yang masak tadi..pastu tabur2 la buah2 tin tadi bagi nmpak cantik skit..hihi..

Lagu ni jah rupa puding trifle ina.. sebab ina tak letak jeli..kalau letak jeli atas castard tu lagi cantik.. ^_^

Tak kisah la cantik tak cantik janji sedapppp...!!!! Nyum3...Hee... bukan ina yang kata sedap tapi depa semua dok kata puding nie sedappp... so ina sampaikan apa yang depa dok cakap jah.. ahakkksss.... so boleh la ang pa semua dok cuba noh nanti... nak cantik dan lebih sedap jangan lupa letak jelly kat lapisan atas sakli okeyyy... :)

Selamat Mencuba Semua.... ^_^

Thanx 4 read this entry...!!

Senyum Selalu..:)

Wassalam.

Sunday, 16 September 2012

:: JODOH ::

Assalamualaikum.... ^_^

Wahhhhh...dah lama tak update blog nie kan... hihi.. maaf la yer.. harap maklum di awal semester ni sibuk sikit dengan pelbagai program....

Oke... kali ni aku tak nak berceloteh panjang lebar.. just nak share apa yang aku jumpa dalam FB sebenarnya.. aku tertarik dengan kata-kata dia nie sampai membuatkan aku tertarik nak share kt blog aku nih.. hihi.. ayat tu sebenarnya pasal jodoh atau pemilihan pasangan thats why la aku letak tajuk tu 'JODOH' hehe... jommm kita hayati ayat nie sama2.. hik3... 



" KADAG-KADANG dalam SOAL kita MENCARI dan MEMILIH PASANGAN, kita MAHUKAN yang SEMPURNA.
 Jika LELAKI, mereka MAHUKAN wanita CANTIK FIZIKAL bahkan PEREMPUAN juga begitu. MENGAPA MEMILIH TERLALU SEMPURNA FIZIKAL? PERCAYALAH. TIDAK semua pasangan yang BERKAHWIN, kesemuanya CANTIK dan KACAK belaka. Jika si ISTERI CANTIK, si SUAMI kurang KACAK. NAMUN, apa yang ALLAH BUAT, pasangan yang SUDAH DIJODOHKAN ini, mereka kelihatan SALING SEMPURNA di mata pasangan mereka. InsyaALLAH, ini yang DINAMAKAN JODOH."

USAH RISAU. USAH GUNDAH. ALLAH tidak CIPTAKAN sesuatu yang TIDAK SEMPURNA itu tidak ada fungsinya BAHKAN ia saling MELENGKAPI yang SEMPURNA itu. Apapun, pilihlah AGAMA nescaya KALIAN akan BAHAGIA sepanjang hidup
 

psssttt :
KAUM HAWA, tidak perlu lah memilih pasangan yang terlalu kacak atau memandang pada rupanya atau pada hartanya tapi carilah pasangan yang mampu membimbing dan menjadi IMAM kepada engkau dan anak-anak suatu hari nanti...InsyaALLAH keluarga kamu akan bahagia sehingga JANNAH.. :)

KAUM ADAM, anda juga begitu tidak perlu lah mencari atau memilih seorang wanita yang cantik hanya di pandangan mata mu dan tidak perlu lah memilih seorang wanita yang terlalu sempurna kerana pada zahirnya kita semua tahu tiada sesiapa pun yang sempurna di dunia ini. Cukuplah sekadar kamu memilih seorang wanita yang menjaga agamanya dan mampu menjadi seorang isteri serta ibu kepada kamu dan anak-anak suatu hari nanti agar keluarga dirahmati dan bahagia hingga ke Syurga.. :)

eh2... TER berceloteh la plak...hehhe.. just sekadar renungan bersama. Ia memberi peringatan kepada diri aku sendiri jugak sebenarnya... :)

" Ya Allah, Semoga Engkau menganugerahkan aku seorang IMAM yang mampu membimbing dan melengkapi hidup ku menuju ke JANNAH-MU... insyaALLAH.. :') "



Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu.. :)

Wassalam





Thursday, 23 August 2012

:: JEJAK KASIH ::

Assalamualaikum.... ^_^

Phewwww.... bulan ni banyak sangat jemputan ke kenduri kawen and majlis pertunangan.. sampai tak tahu nak pegi yang mane.. apa-apa pun saya mohon maaf mana-mana jemputan yang ina tak dapat hadirkan diri.. ina ucapkan Selamat Pengantin Baru dan Semoga Kekal Bahagia ke anak cucu... InsyaAllah.. Semoga korang menjadi suami/isteri yang soleh/solehah dan sama2 menuju ke Jannah =) cewaahhhh... biler turn aku lak nie.. hik3...

Motiff di sebalik citer kenduri kawen dengan tajuk aku 'jejak kasih' macam tak masuk langsung... hahaha... okeyyy..nak citer la nie.. semalam aku p kenduri kawen kakak kawan bek aku kt shah alam.. sebenarnya dah hampir lima tahun aku tak jumpe dengan kawan baik aku nie.. di sebabkan kawan baik aku invite datang kenduri kawen kak long (kakak dye la) aku apa lagi.. amik la peluang nie untuk jumpe dengan dye dan family... rindu giler wehhh kt kawan baik aku nie... >_<

Nama baik kawan aku nie Farah.. aku kenal dye mase kitorang sama belajar dekat Sabah dulu.. habis je SPM kitorang dah tak jumpe sebab aku dah pindah balik ke sini.. so memang rindu giler la kan dengan kawan baik aku yang sorang nie.. Alhamdulillah... akhirnya kami di pertemukan di Majlis Kenduri Kahwin Kak Long...:) sukewwwww sangat2... hehhe...

Biler dah jumpe tu memang tak lepaskan peluang amik pic banyak2  la dengan dye kannn... hehehe...
Sampai-sampai je aku kat majlis tu apa lagi adegan peluk memeluk la berlaku.. hihi.. nasib baik time tu orang dah tak ramai... yang first nampak aku Ajja (adik farah).. Since biler jumpe dorg semua aku jadi tergamam tak tahu nak cakap apa..sebab dah lama giler tak jumpa..hehe.. dari situ lah bermulanya jejak kasih kami..!!! hehe.. :p


 Haa... yang sebelah aku tu la Farah kawan baik ina dari dulu,kini dan selamanya.. InsyaAllah.. :) 
si cantik manis.. =)

 Ni la gambar bersama Pengantin.. Yang pengantin perempuan tu la Kak Long then yang lelaki tu mestilah husband kak long... hik3...

 hehe.. ambil mood rasa jadi Ratu Sehari.....

 Ni pic aku, Farah dengan ibu Farah.. dulu time aku kat Sabah selalu p tido rumah dye.. layanan ibu bagi memang first class.. hehehe... makan minum memang cukup.... Terima Kasih Ibu... ^_^

 Haaa.. nie bergambar dengan family Farah lak... nampak tak keserasian di situ?? baju aku TERsama tema dengan wedding Kak Long lak.. hehee.. itu lah dinamakan gerak hati... aku tak tahu pun warna purple tema wedding hari tu.. di sebabkan hari tu aku rasa nak pakai baju warna purple so aku pakai time p wedding kak long tu.. tengok-tengok same lak dengan dorang.. bagus kan gerak hati nie.... :p

 with my beloved best friends =) 

 Ni anak-anak gadis yang dah makin membesar sekarang...
sebelah aku tu Abby then sebelahnya lagi Ajja... :)

The power Puff Gurl..!! eh eh... silap... kami la awekss2 yang comel2.. (erkkk..pengsan)


Banyak pulak aku berceloteh kali nie.. if ikutkan hati panjang lebar lagi nak citer nie.. excited sangat dapat jumpe kawan lama...hahaha... tak pe lah len kali ada masa aku citer ag.. citer panjang-panjang bukan korang suke baca pun.. buat menyemak je kan?? hahha...

Apa-apa pun Ina ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dekat Kak Long (Rizana Aida) dan suami (Suffian) betul ke eja nama abang Pian tu?? hehhe.. kalau silap mintak maap yer.. :P  Semoga Kak Long dan Abang Pian Bahagia Ke Anak Cucu.. dan Semoga Keharmonian Keluarga Kak Long diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah.. :)
Dan kepada my beloved best friends and family semoga kite berjumpa lagi yer nanti... InsyaAllah ada rezeki, ada jodoh, ada masa kita bertemu lagi... =) 

Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu.. :)

Wassalam...