Fuhhh... lame bebeo tak update blog nie kan... haiyaaaa... sampai dah berhabuk2 dah.. (sambil lap2 habuk) hahha.. maaf la yer.. sesibuk yang teramat la sekarang nie.. setiap minggu ada je program dan aktiviti.. Alhamdulillah.. hari ni berkesempatan la nak update blog nie kan sebab tengah menghabiskan cuti pertengahan semester.. kalau idokkkk...hurmmm..jangan harap dapat update blog nie.. terasa la jugakk rindu kt blog nie sebenarnya...hihi... ok2..dah2..tak payah nak cakap banyak sangat...
Haaaa... hari ni ina nak update pasal Puding Trifle... hehhe.. hari tu ina buat special untuk kawan baek ina a.k.a my roomate (Cik Emilia). Dia teringin sangat nak makan trifle nie..so time ina balik rumah hari tu dengan penuh gigih dan kasih sayang la kan ina buat untuk dia..hihi.. bagus tak saya sebagai seorang kawan?? kui3... (puji diri sendiri memang tak tahu malu) >_<. Jomm layan macam mana nak buat trifle nie..:)
Ni rupa yang dah siap... maaf la gambar tak bape nak eloqqqq pasai pakai kamera murah jahhh...
Resepi :
Bahan Layer A : 1 swiss roll (tak kisah la perisa apa pun)
Potong dalam 1.5cm susun dalam mangkuk kaca yang boleh nampak susunan trifle..
Bahan Layer B:
1 tin susu sejat (cap Idealmilk)
1/2 tin tambahkan air fruit cockrail dalam tin
4 sudu besar tepung castard (cap bird's)
3 sudu gula pasir
1 sudu esen vanilla
Bahan layer C : 1 tin Fruit Cocktail
Tos airnya.. Airnya boleh di siram keatas swiss roll dan separuh lagi di masak bersama castard..
Bahan Layer D : Crystal Jelly perisa strawberry
Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus..
CARA NAK SUSUN ATUR TRIFFLE NI :
1. Potong kek swiss roll sederhana tebal dalam 1.5 cm ketebalannya , lepas tu susun kek dalam mangkuk yang sesuai , pastikan semua pemukaan mangkuk ditutup dengan kek .
2. Tuangkan sos castard yang dah dimasak tadi secara perlahan-lahan sampai menutupi lapisan kek tadi dan biar sampai sos castard sejuk .
3. Ambil semua fruit cocktail dalam tin yang sudah ditos awal tadi dan susunlah diatas sos castard tadi.
4. Bancuh jelly crsytal mengikut arahan yang diberi pada kotak pembungkus dan tuangkan secara perlahan-lahan atau menggunakan senduk ceduk jelly ini dan tuang ke atas buah-buahan tadi secara perlahan-lahan sampai habis jelly ini.(jika mahu.. ina ta letak jeli pasai ina tak suka jeli..hee)
5. Biarkan jelly sejuk dan mengeras sikit dan boleh la dimasukkan triffle ni ke dalam peti sejuk , bila jelly dah keras boleh la dimakan bersama whipping cream ( jika mahu..ina tak letak pun..)
Lapisan triffle - paling bawah ada lah kek , sos castard , susun fruit cocktail dalam tin dan jelly crsytal.
Lagu nie la rupa lepas susun swiss roll tu dalam bekas kaca... pastu susun la buah2 tin tu atas swiss roll tu..:)
Haa...yang da siap letak castard yang masak tadi..pastu tabur2 la buah2 tin tadi bagi nmpak cantik skit..hihi..
Lagu ni jah rupa puding trifle ina.. sebab ina tak letak jeli..kalau letak jeli atas castard tu lagi cantik.. ^_^
Tak kisah la cantik tak cantik janji sedapppp...!!!! Nyum3...Hee... bukan ina yang kata sedap tapi depa semua dok kata puding nie sedappp... so ina sampaikan apa yang depa dok cakap jah.. ahakkksss.... so boleh la ang pa semua dok cuba noh nanti... nak cantik dan lebih sedap jangan lupa letak jelly kat lapisan atas sakli okeyyy... :)
Selamat Mencuba Semua.... ^_^
Thanx 4 read this entry...!!
Senyum Selalu..:)
Wassalam.
Selamat Mencuba Semua.... ^_^
Thanx 4 read this entry...!!
Senyum Selalu..:)
Wassalam.
No comments:
Post a Comment