Sunday, 11 November 2012

:: KEK PUDING KARAMEL ::

Assalamualaikum... ^_^

Hai... bertemu lagi ita hari nie.. heheh.. okeyy..hari ni ina nak update pasal puding karamel yang ina buat hari tu. Haaaa... kali nie ina buat khas untuk sahabat-sahabat baek ina di UKM pulakkk a.k.a rakan2 seperjuangan dalam Kelab Wawasan...!!

Jommmm kita tengok apa bahan2 dan cara nak buat puding karamel tu...>>>>>>>>


hahha...rupa tak bape nak eloqqq sangat pasai air gula banyak sangat dia jadi lembik..tapi rasa dia memang sedappp...!! 


RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula )
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. 
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang .
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding . Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding 
  • 400ml fresh milk / susu cair
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil  dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih .
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. 
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.

Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 . Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding . Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Pastu korang cepat2 lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. (tak nak kek tu lembik nnt)
  18. Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

ni rupa sebelum di bakaqqq... excited sangat bila nak bakar nie..sbb nmpak cantik pelangi2 tu..hehe..


tadaaaaaa....rupa bila dah siap bakar... hew3 rupa failed sikit.. tp rasa dia memang mavless..!!! seyes tak tipu.. nyum3... :p

Apa lagi.. wahai kaum2 hawa.. jangan duk tengok dan baca jah.. cepat2 try buat.. seyes memang sedap kek puding nie.. sapa yang tak minat puding karamel tu tak leh nak kata apa la kan... tapi sapa yang memang suka makan karamel..ang pa try buat yang ni pulakk....memang tak rugi...!!! :)

Selamat Mencuba Semua.. ^_^

Thanx 4 read this entry..!!

Senyum Selalu..:)
Wassalam.

No comments:

Post a Comment